Forum Mahir Bersama Komuniti 2026

9 Januari 2026 | Aktiviti Terkini

08 Januari 2026 (Khamis) - Telah berlangsung Forum MAHIR Bersama Komuniti bagi mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Program MAHIR Intake 3. Sesi forum diadakan secara atas talian menggunakan google meet mengikut zon. Peserta NADI Presint 18 telah menyertai Zon Selatan & Tengah (Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, KL, Putrajaya) pada 8 Januari 2026 (Khamis) bermula pukul 3:00 petang hingga 4:30 petang.

Peserta yang hadir secara fizikal ke NADI dan menyertai sesi ini berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Petugas NADi juga digalakkan untuk menyertai Forum Mahir bagi memahami dengan lebih jelas perjalanan Program Mahir Intake 3.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas