Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend - Mobile Legends (Peringkat Saringan)
29 Jun 2026 | Aktiviti Terkini28 Jun 2026 (Ahad) – NADI Presint 18 telah mengadakan Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend - Mobile Legends (Peringkat Saringan) bagi musim keempat. Pertandingan ini adalah peringkat saringan dan ianya bertujuan untuk mencari pasukan yang akan mewakili NADI untuk peringkat negeri. Pada musim ini, sebanyak tiga pasukan telah menyertai iaitu pasukan Orca Team, Lan Todak dan Pampin.
Program ini dimulakan dengan taklimat penerangan oleh Pengurus NADI, Puan Haryati mengenai garis panduan pertandingan. Pasukan Pampin telah memenangi Pertandingan NADI E-Sukan MADANI Legend - Mobile Legends (Peringkat Saringan) bagi musim keempat dan seterusnya akan mewakili NADI Presint 18 untuk bertanding di peringkat negeri. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan bergambar bersama peserta yang hadir.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: